Sunday, August 9, 2009

Menjaga warga emas tanggungjawab siapa?

Warga emas,atau dalam kata lain,manusia yang sudah berumur merupakan insan yang mempunyai banyak pengalaman di dunia.Mereka boleh memberi kita nasihat, ilmu sejarah dan sebagainya.Waimma begitu,mereka juga boleh menjadi salah satu golongan yang paling sukar untuk dijaga.Ramai di antara mereka berasa seperti diasingkan,kurang dikasihi dan kurang dibekali dengan keperluan yang mereka ingini.

Mengapakah begini? Senang sahaja jawapannya;
kerana ada daripada hak mereka yang tidak ditunaikan.

Tentu sekali, untuk melayani warga yang amat sensitif ini akan melibatkan lebih daripada satu orang.Maka pada hemat saya,menjaga warga yang pada dahulunya telah berbakti kepada dunia ini merupakan tanggungjawab semua.'Semua' di sini boleh dibahagikan lagi kepada pihak-pihak yang berlainan.

Pertama sekali dikalangan keluarganya sendiri,seperti anak-penaknya,saudara-mara atau yang lain lagi.Daripada waktu kita kecil lagi,Ibubapa dan anggota keluarga kita sendirilah yang telah banyak berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna.Maka dengan ini, wajarlah untuk kita sekurang-kurangnya cuba untuk membalas jasa mereka.Pihak Keluarga bagi yang sudah berumur ini boleh menolongnya dalam pekerjaan seharian seperti makan dan mandi.Sekiranya dia tinggal bersama anaknya yang lain,sekurang-kurangnya,anggota keluarganya yang tinggal di rumah berlainan boleh menziarahinya degan kerap untuk memberikan secebis kasih dan nafkah yang berpatutan.

Seperti terhadap setiap individu yang lain,pemerintah juga bertanggungjawab terhadap keamanan warga emas.Pemerintah boleh membuat aktiviti-aktivitiyang mempromosikan kesihatan warga emas.Mereka juga boleh memberikan subsidi-subsidi dan kesenangan-kesenangan yang berpatutan untuk warga ini.

Dalam hal ini,bagi yang tidak terkait sebagai ahli keluarganya ataupun sebagai pihak pemerintah,mereka semua telah saya golongkan dalam pihak masyarakat.Masyarakat tidak seharusnya memandang hina atas warga berusia ini,sebaliknya mereka sepatutnya menanamkan sifat hormat dan Pengutamaan bagi warga tersebut.

Perkataan 'semua' diatas itu juga merujuk kepada warga emas itu sendiri.Mereka sendiri juga haruslah faham akan keadaan kini.Semua orang sedang sibuk dengan pekerjaan demi kemajuan ekonomi, maka mereka haruslah tahu menjaga kesihatan,kebersihan dan jimat dalam perbelanjaan meraka.Jikalau tidak banyak yang mereka mampu melakukan sendiri, maka sedikit pun jadi,supaya tidak mendatangkan beban yan melampau terhadap pihak-pihak lain.

Dengan semua orang melaksanakan tanggungjawab mereka,saya amat yakin bahawasanya setiap warga emas akan mendapat haknya yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment